Bagaimana Eiffel Tower dibina
Lokasi : Paris, Perancis
Tempoh pembinaan : 2 tahun
Dibuka : 1889
Antena/Puncak : 324 m (1,063 kaki)
Bumbung : 300.65 m (986 kaki)
Sejarah pembinaan Eiffel Tower ini bermula pada 1887 -1889 oleh Alexandre Gustave Eiffel seorang warganegara Perancis. Kos pembinaan pada ketika itu dianggarkan 1.5juta Euro. Pembinaan ini telah melibatkan 300 orang pekerja bagi membangunkan menara Eiffel ini.
Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.
Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Alexandre Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.
Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.
Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.
Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.
Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x840. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x840. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1011x1500. |
[/IMG]
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1060x1600. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 704x1024. |
Dalam pembinaa berlangsung, hanya 1 orang sahaja mati di kawasan pembinaan tersebut. Rekabentuk Eiffel Tower ini direka berdasarkan pengiraan matematikal yang melibatkan pengiraan rintangan angin. Beginilah sejarahnya mengenai pembinaan Eiffel Tower.
0 comments:
Post a Comment