Sejarah Rock Kapak

Sebut saja ROCK KAPAK ramai dak2 zaman ni blur tak tau apa arti nya semua ni.. ROCK KAPAK = lagu melayu rock zaman batu bmula era 80an + side burn bentuk kapak

Atas permintaan beberapa forumers yang nak tau sangat pasal band2 pelik dari gagasan kelompok yang wujud sekitar tahun 1980 an, gua akan ceritakan secara lebih terperinci mengenai mereka di sini setelah sejam gua bosan2 gua surfing jalan kan sikit kajian2 ilmiah perihal rock kapak ni menggunakan pc kat opis ni..

Ntok pengetahuan kalian gagasan ini bertujuan ntok mencungkil bakat band2 yang bermain muzik rock di Malaysia .. Diperkenalkan pada tahun 1983, Ianya dinamakan Juara Rock 1983 telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam) pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam Pada tahun 1984 terdapat sebuah lagi pertandingan ianya dinamakan Festival Rock 1984

Lokasinya - Dewan Jubli Intan, JB
Band yang bertanding - Gersang, The Burmarks, Hurricane, The Hazzards dan The Five Years After


Kemudian wujudnya pertandingan Juara Rock 1984 yang dimenangi oleh The Burnmarks yang menyanyikan lagu Pelacur Tua dan Space Trucking. Masa tu The Burnmarks terdiri daripada Emy Abdu Rahman, Ain Ahmad, Din Hamid, Zainal Ahmad. Vokalisnya bernama Hamid. Tempat kedua berjaya digondol oleh Hurricane dari JB yang menyanyikan lagu Perjalanan dan Sail of Charon dan ketiga ialah Kumpulan Gersang dari JB mendendangkan lagu Wang dan The Star Gazer.


Gagasan yang pernah mekar yang amat dihormati ialah gagasan Juara-Juara Rock yang menampilkan MAY, Scandals, Burnmarks, Metalian, D'Febians yang berjaya menonjolkan pelbagai lagu-lagu rock berat seperti Peperangan, Roda Penghidupan, Bukan Untuk Selamanya (D'Febians), Kuasa, Kuasa II, Gadis Kota (Scandals), Kabus, Gerimis Rindu, Aku Dengan Caraku (Metalian), Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri (MAY) dan Makan Hati Ulam Jantung, Insaflah, Snooker (Burnmarks). Manakala lagu slow seperti lagu Kembalilah Semula, Bayangan Hidup, Skestsa Sebuah Cinta (MAY), Secebis Rayuan, Penantian Sepi, Galeri Kasih (Burnmarks), Rindu, Musnahlah Sebuah Cinta, Penantian Yang Tak Pasti (Scandals), Cinta Pertama, Kehilangan, Kenangan Abadi (D'Febians) dan Tetap Di Sini, Segala Untukmu, Biarkan Aku Sendiri (Metalian)


Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987) Merupakan gagasan yang paling dihormati terdiri dari Ella & The Boys, Rahim Maarof & Whitesteel, Bloodshed, Lefthanded & SYJ. Lagu2 yang terdapat dalam album kompilasi Battle Of The Bands 1 & 2 adalah Orang Timur, Hati, Syaitan, Mata Sepet, Teruskan (SYJ), Nostalgia Rindu, Hidup Pemuzik, Manusia Dan Janji, Debu Khayalan (Bloodshed), Jumpa Sekali Lagi, Sengketa, Hanya Dalam Mimpi, Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel), Debunga Wangi, Lanun, Kenangan Bersamamu, Tuduhan (Lefthanded), Cinta Berakhir, Dua Insan Bercinta, Ulat Bulu, Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys) dan Hapuskan Lanun Cetak Rompak.

Gagasan-gagasan lain yang pernah wujud seperti Clash Of The Bands yang menampilkan TZ (Twilight Zone), Handy Black, Trashed,Last Minute, Helter Skelter juga turut memeriahkan dunia rock seperti lagu Pemuzik Jalanan, Mencari Kedamaian (TZ), Tiada Lagi Air Mata, Antara Syurga Dan Neraka (Helter Skelter), Pengalaman Hidup, Tunggukan Kepulanganku (Last Minute), Gelisah, Angkara (Trashed) dan Mimpi, Ketenangan (Handy Black). Lain-lain lagu seperti Melissa, Secebis Cahaya, Kesedaran Yang Terlewat, Bakti Satria, Akhir Cinta Pertama (Helter Skelter) dan Erti Cinta, Kau Ku Sayangi, Peperangan. Cinta Berdarah, Wajah Bagai Pelangi (Last Minute)

Selain itu gagasan War Rock juga pernah mengegarkan dunia rock dengan warisan-warisan rock mulai War Rock 1 hingga 4.

War Rock 1 melahirkan kumpulan Pratayuda iaitu vokalisnya ialah rocker Hattan, Medicine, The Kids yang anggotanya terdri daripada Kama dan Mohalim (anggota Iklim) dan Midnight yang menampilkan Umarul sebagai gitaris. Lagu-lagu mereka seperti Tangisan, Sengsara Timur Tengah, Kesucian Abadi (Pratayuda), Diderai Kerinduan,Ingatlah, Bantulah Aku (Medicine), Ketenangan hidup, Siapa Dia (The Kids) dan Dunia Materialistik, Kesepian (Midnight).

War Rock 2 pula melahirkan kumpulan Stroyer, Dewanga, Kejora dan BC Rockers. Lagu-lagu mereka seperti Malaya, Hilang Keindahan Cinta, Pemusnah (Stoyer), Di Perhentian Cinta,Wujudnya Kekasih, Palestin (Dewangga) Mercu Jaya , Cinta Palsu (BC Rockers) dan lagu Seruan Damai, Mencari Mimpi (Kejora).

War Rock 3 pula melahirkan kumpulan Cakrawala, Mentari, Spring's dan Eyes' Killers serta menampilan lagu-lagu rock seperti Kehidupan, Perisai Bangsa, Dibuai kasih, Harapan (Cakrawala), Keinsafan, Hentikan, Mistri Mahligai Cinta (Mentari), Hanya Untukmu, Mencari Cahaya (Spring's) dan Pejuang (Eyes' Killers)

Gagasan Batu-Batu Perjuangan pula menampilan kumpulan Sallam, Nuzzantara, Garhana, Firestarter dan Figures. Lagu yang menarik dan hits seperti Rebah Di Pinggir Mimpi, Kemarau (Figures), Butiran Cinta Yang Hilang, Perjuangan (Firestarter), Hati, Harapan (Garhana), Déjà Vu, Suaru Ulit (Nuzzantara) dan Permainan.Hidup, Maaf Aku Yang Terlambat (Sallam).

Gagasan Hikayat Rok produk papa Ali pula menampilkan kumpulan Angel Hearts, Saxo, Steeler, Trooper, Hydra, D'Riyadh, Rhythm Machine, ASK, Laser Raya, Sweet Inspiration dan kumpulan Kayangan. Lagu-lagu yang pernah terhasil seperti Ku Kehilanganmu, Hanya Hiburan, Pancakara Di Cakerwala, Potret Masa Silam (Angel Hearts/Kayangan) Perjuangan, Dunia Atau Neraka (Saxo) dan Senja Merah, Selembut Sutera (Steeler). Lagu-lagu lain pula seperti Impian Tercinta, Palestin(Trooper), Rintihan Kasih, Ilusi Fenomena Cinta(Hydra), Dunia Perhitungan, Melodi Cinta Lama (D'Riyadh), Pendusta, Salam Rindu (Rhythm Machine), Perjalanan Hidupku, Angkara Manusia (ASK), Hanya Kenangan, Pancaran Laser (Laser Ray) dan Rintihan (Sweet Inspiration)

Band yang pernah bertanding di Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88 seperti Aces, Cold Blood, Alygier, Bee Tee Five Rockers, Scarecrow (MASA), Distinasi, M.M.M dan kumpulan seperti Eyes' Killers, Spring's, Mentari.

Band yang pernah bertanding di Juara Rock Galactica pula seperti Script, Suria, Heartbeat, Striker, Warisan Rockers, The Sphinx, Girls Pet, Crystal, Sampler, Pusaka, Bentara, Thunder, Reinforcement, Satria, Grasp, Nurse, Sphera, Kakara, Lips, Lipan Bara, Black Rose, Waris, Inspirasi, Ila's, Headline, Vivan, Melisa, Rattle, E-Rod, X-Q's.

Tidak lupa juga seperti di Pesta Hiburan Kingsway yang suatu masa dulu amat terkenal dengan kehadiran kumpulan-kumpulan rock dari serata tanahair seperti, Figures, Handy Black, FRU, BPR dan sebagainya

Band2 di atas ini adalah band2 dari tahun 1983-1988 di bawah ini adalah list band 1989-1991

Memo-memo, Paksi, Brainwash, Syuhada, Fancy/Roses, Vilosa, Ozon, Small Kid, Still, Krayon, Etika, Eka, Babylon, Revolusi, Gerhana, Sphera, Aces, Mendusa, Witness, Puteri, Iktibar, Amija, Opera, Ixora, Dia, Viva, Victim, Mahsuri, Analisa, Lord Justice, Leo, Voice, Abstrak, Alfa, Les Mayor, Susila, Hot Legs, Kid Power, D'Fender, Khatulistiwa, Odd fellows, Krax, History, Studen, Anesthesia, Fire Machine, The Islands, Drifters, Tomato, Sacred, Teratai, Farmosa, DIA

Biar gua bagi info mengenai band2 yang tertulis di atas ini (tak semua la)

BURNMARKS
Anggota - Jef (Vokal), Joe (gitar), Amy (Drum), Aub (Bass). Lepas tu berpecah maka Joe tubuhkan Jasad Liar. Group nie pula adalah gabungan pemuzik Burnmarks, Naja dan Teras juga iaitu Acey (Vokalis), Joe (gitar), Zanal (Bass) dan Emy (Drum).

Album - Juara-Juara Rock 1 (dikeluarkan pada Jan 87), JJR 2 (dikeluarkan pada Mei 87), JJ3 (dikeluarkan pada Dis 87). Ketiga-tiga album ini merupakan album gagasan rock bersama dengan kump lain spt D'Febians, May & Metallian. Kemudian baru Burnmarks mengeluarkan album pertamanya sendiri berjudul, BURNMARKS (1988), NAJA - Opera Sang Bara (1989) dan Burnmarks - Asmara (1990) menampilkan lagu Seruan Kasih, Kesangsian, Diari dan album Jasad Liar. (info - Burnmarks menukar nama kpd Naja pada 1989 tp hanya bertahan sethn dan kemudian berbalik kpd Burnmarks)

Pernah menjadi Juara Rock Johor 1984 dengan menggunakan nama The Burnmarks. Burnmarks adalah antara senior rock group di Malaysia

INSPIRASI
Ditubuhkan pada tahun 1989.
Asal - Singapura.
Lagu hits - Terkuburlah Sebuah Impian

Anggota - Djanggo (vokalis), Rafi (Drummer), Fin dan Rim (gitar utama) dan Bai (bassis).

Info 1 - Band ini telah buat rakaman lagu selepas kematian penyanyi utamanya Allahyarham Syed Kassim Syed Ali, 24 akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1991.

Info 2 - Masa itu band nie adalah full time musician. Band ini pernah menangi naib Johan Clash of the Bands 1990 daripada 124 group yang bertanding. Kaset Inspirasi diedarkan oleh Noize Records, KL dan diterbitkan oleh Hassan (Babylon). Rakaman dibuat di Sound Studio, Taman Supreme, Cheras, KL pada Dis 1991. Tiga buah lagu popular ialah Fantasi Dalam Mimpi (Ciptaan Johari Teh), Terkuburnya Sebuah Impian (Ciptaan Inspirasi), dan Bidadari Di Hujung Pelangi


BLOODSEED
Diasaskan pada tahun 1985, Banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986 .. Album pertama berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" lahir pada tahun 1987 penoh dengan lagu2 berentak heavy metal.. Album ke-2 iaitu yang lebih hebat muncul pada tahun 1988 bertajuk "SAMARKAND" .. Album itu la yang terdapat lagu hit mereka iaitu Srikandi Cintaku .. Setelah kejayaan album itu vokalis bloodshed iaitu Rasdan berundur ntok menubohkan band underground thrash metal Malaysia iaitu PUNISHER .. Rasdan semakin dikenali di dunia underground manakala bloodshed terus terumbang ambing bagaikan kapal tanpa nakhoda .. Tahun 1990 bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang suara hampir seakan sama dengan Rasdan .. BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara" .. Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibok dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED

TEJA
Kumpulan ini wujud setelah vokalis Metafora berundur (nama lupa), tempatnya digantikan olih Zul Teja, kumpulan ni cuma ada sebuah album sahaja bertajuk LAUNGAN SUCI (1992) .. Album ini menampilkan lagu hit mereka bertajuk "Jelingan Manja" "Kau Yang Tak Mengerti" & "Kenangan Di Taman Cinta" yang ada dimuatkan dalam filem Memory (1992)

HANDY BLACK
Terdiri dari gagasan Clash Of The Bands, dari situlah bakat mereka dicungkil. Lagu yang dirakamkan ntok kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram), Album sulong Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black masa tu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa tu tak sempat dibuat kompilasi sampai la sekarang (Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujok lagu2 macam ni la). Handy Black kembali pada era 1990 an bersama beberapa line-up baru.


SOFEA.. (SYJ)
Terdapat 3 SYJ ketika itu. SYJ (Sofea), SYJ 87 (Ariwatan) & SYJ 91. Ke-3 3 nya diambil sempena nama pengurus mereka SYED YUSUF JAMALULAIL. Yang paling dikenali adalah SYJ (Sofea) kerana mereka antara band yang paling banyak mencetuskan kontroversi dengan lirik2 yang panas seperti Hati Syaitan, Orang Timur (Battle Of The Bands 1), Mata Sepet (Battle Of The Bands 2), Anak Liar (1987) dan banyak lagi. Penampilan mereka lebih ke arah glam rock yang sedang menular di Malaysia ketika itu. SYJ (Sofea) menukar nama kepada Sofea pada tahun 1987 setelah pengurus SYED YUSUF JAMALULAIL memutuskan supaya tidak mahu lagi mengurus band yang banyak mencetuskan kontroversi. Setelah itu Syed Yusuf Jamalulail mengasaskan sebuah lagi band yang juga memakai nama beliau yaitu SYJ (Ariwatan) atau lebih dikenali SYJ 87, mereka menukar nama kepada Ariwatan pada tahun 1988.
Tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) menganggotai Fotograf sebagai sessionist. Lagu Luka 1000 Rindu adalah hasil petekan gitar opie dan bass rawita

Minah Rockers (Edisi Lengkap)
Ella (The Boys), Shima (The Boys), Wohnen, Ixora, dll. Masa dulu ramai lagi artis rock macam Sheeda (ex-Desire) yang kini dah tukar haluan nyanyi dangdut, Emma (ex-Revolusi), Teratai ada Norlela Manaf, Murni (Les Mayor - Clash of the Bands 3) dan artis rock solo macam Idda, Yuziee, Puteri Hamsiah (penyanyi jemputan bersama Hydra - Ilusi Fenomena Cinta didalam album Pancakara Dicakrawala) serta band wanita, Puteri.

Nama Baru & Lama
Ababil (History), Meditasi (Metal Wizards), Ekamatra (Diamond Head), Farmosa (Serigala), XPDC (Tragedy), Masa (Scarecrow), Inspirasi (Blue Steel), Jitu (Gejala), Etika (Wasiat), Fancy (Roses), Inspirasi (Botol), D'Zai (Desire), Satira (Mixed Blood), Unique (Scud), Ad-Hoc (Shelma).

sumber shizoparanoia.blogspot



Zaman Rock Kangkang


kidal & search





gambo rock kangkang
















Ketika itu, ianya dikenali sebagai zaman 'Rock Kangkang'! Kenapa dipanggil zaman rock 80an zaman
'Rock Kangkang' ahh?


Lu tengok jer style posing kumpulan2 rock pada pada zaman tu.













Disebabkan seluar mereka yg sempit lagi sendat, sebab tu mereka terpaksa mengangkang kan kaki apabila bergambar atau beraksi di pentas. Kalo tak, nanti boleh terselit celah spender dan perot kao bole menjadi senak.









Macam mana timbul perkataan 'Rock Kapak'?


Statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.


Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, 'Rock Kapak' itu bermula dari perkataan 'Rock kapa' -without the 'K' at the end.

'Rock kapa' adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang pegi tengok konsert rock, time show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton:

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!" (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan 'kapa' dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan
jiwa & sanubari seseorang rocker itu.

For example:

Apabila kita nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kita nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dengar walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie ehemm ehemm.

"Fewwwiittt...jamboo minah nih. rock kapa??"

So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.


Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu molot ke satu molot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta molot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan 'Rock kapa' telah bertukar menjadi 'Rock Kapak'.


So, conclusion aku, perkataan 'Rock Kapak' itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.

sumber sepuloh tin sardin












PS: ado gak den dongar rock kapak maksudnya sebab rock yg dah lama, kapak tu maksud senjata yg lama.

Ado yg kato sobab cara ketok dram mase zaman rok kapak semuanya sepesen cam orang mengapak kayu.

0 comments:

Post a Comment